Gangneung 2017 World Para Ice Hockey Championships A-Pool

33320275633_cc1fe1524d_z

2017 World Para Ice Hockey Championships A-Pool telah diadakan di Gangneung Hockey Centre di Gangneung City, Gangwon-do, Korea Selatan pada 11 hingga 20 April lalu.

Kejohanan tersebut merupakan ‘test event’ untuk PyeongChang 2018 Paralympic Winter Games dan juga kunci kelayakan utama untuk Winter Paralympics. Ia juga menjadi Kejohanan Dunia yang pertama yang diadakan di bawah World Para Ice Hockey di mana sukan ini telah dijenamakan semula pada akhir 2016.

170415180527262_South+Korea+Gangneung+2017+second

Dianjurkan oleh Jawatankuasa Penganjur PyeongChang 2018, Gangneung 2017 merupakan kejohanan kali kedua World Championships A-Pool yang telah diadakan di Korea Selatan.

Pertandingan ini akan menampilkan tujuh pasukan – juara bertahan Amerika Syarikat, Kanada, tuan rumah Korea Selatan, Norway, Jerman, Itali dan Sweden.

Lima pasukan teratas akan mara terus ke PyeongChang 2018, manakala dua pasukan dikedudukan terbawah akan bermain di Kejohanan Kelayakan yang dijangka berlaku pada akhir 2017.

15785489729_fd7814cb9e_z

Gangneung Hockey Centre telah dibina khas untuk PyeongChang 2018 Olympic dan Paralympic Winter Games, ia terletak di Gangneung Coastal Cluster bersama ‘curling centre’.

Advertisements

Maskot Rasmi 2018 Olympic PyeongChang

안녕하세요!!!!
Ade lagi kurang setahun je nak Olympic dan Paralympic Winter Games di Pyeongchang, Korea 2018. Jadi, apa kata kite berkenalan dengan maskot rasmi sukan olimpik dan paralimpik ni.

soohorang_and_bandabi

Soohorang 수호랑 – Soohorang adalah seekor harimau putih dan juga maskot rasmi Sukan Olimpik Pyeongchang 2018 dan juga telah lama dikatakan sebagai haiwan penjaga untuk negara Korea. (e’eh,macam Malaysia jugak ada Harimau Malaya hehe)
‘Sooho’, dalam bahasa Koreanya bermaksud perlindungan, ‘Horang’ pula berasal daripada perkataan ‘Horangi’ iaitu harimau.

mascots-in-the-olympics-8-728FUN FACT 
Soohorang bukan harimau pertama yang menjadi maskot Sukan Olimpik di Korea. Hodori (호도리)  juga seekor harimau, maskot rasmi Sukan Olimpik Seoul 1988 dan juga sepupu bau-bau bacang kepada Soohorang. ㅋㅋㅋ

Bandabi 반다비 – Adalah seekor ‘Asian Black Bear’. “Ban-dal-ga-seum-gom” (beruang yang mempunyai separa bulan di dada) melambangkan keberanian dan semangat yang kuat. Ia dipilih sebagai maskot rasmi Sukan Paralimpik Pyeongchang 2018.

27299075584_e7a3b275de_z
Duta Olimpik Pyeongchang 2018, Kim Yuna bersama Soohorang dan Bandabi.

31490708242_a688b65518_z

The Pyeongchang 2018 mascots exhibition at KT Square