Seoullo 7017 – Taman Langit di Seoul

img_preview01_rolling03

Seoullo 7017 dirasmikan pada 20 Mei 2017 di Seoul, Korea Selatan. Ia merupakan destinasi terbaru di Korea. Asalnya ia adalah sebuah jambatan lama yang wujud sejak 1970 dan kini diubah menjadi ‘Sky Garden’ yang cantik dimana orang awam berpeluang menikmati pemandangan sekeliling bandar dari atas jalan raya.

Ia juga adalah ruang pejalan kaki yang menawarkan 5 konsep yang berbeza, iaitu Malli-dong Square, Rose Square, Toegye-ro Square, Magnolia Square, dan Hanyangdoseong-gil. Dianggarkan sebanyak 24000 jenis bunga dan pelbagai tumbuhan ditempatkan dan tiang setinggi 4 meter akan bertukar menjadi lampu selepas matahari terbenam di sepanjang laluan.

Seoullo_7017_1

Seoullo 7017 menghubungkan 17 laluan di sekitar Seoul dari Stesen Hoehyeon di Namdaemun Market ke jejambat pejalan kaki Namsan ke Seoul Station Square. Sebahagian dari laluan mempunyai ketinggian mencecah 17 meter membolehkan orang awam menikmati pemandangan sekeliling Namsan Tower tanpa dihalang oleh bangunan berdekatan.

Seoullo-7017-Map

Pelbagai kemudahan awam juga disediakan di Seoullo 7017, terutamanya untuk pelancong. Di ‘Seoullo Travelers’ Café (Toegye-ro Traffic Island), pelancong boleh simpan luggage bag yang berat, buat tempahan pakej pelancongan menggunakan PC, scan dan juga fax. Di Seoullo Shop pula ada menjual cenderamata seperti eco-bag, magnet peti sejuk dan mug.

Bukan tu saja, selain menikmati keindahan pemandangan di sekitar Seollo, korang juga boleh beli makanan nak snek ringan di kemudahan F&B yang menjual bimbimbap, mini kimbap dan korean style roti bakar. Kedai-kedai ni dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Seoullo_7017_3_e

Lokasi: (Dari Seoul Station Square): Seoul Station (Seoul Subway Line 1), Exit 2. Belok kanan dan jalan sejauh 130 meter, Seoullo 7017 di sebalah kanan.

  • ○ Seoullo Travelers’ Café (Toegye-ro Traffic Island, 119.8㎡): This is a specialized tourist information center and resting space for free travelers. In addition to being a tourist information guide center, the café provides a PC dedicated to interactive product reservations, IoT-based luggage locker and a machine that performs copying, scanning and faxing to individual free travelers. It also sells traditional Korean sweets.
  • ○ Seoullo Information Center (Ground level section of the entrance to Toegye-ro, 13.5㎡): The center introduces the history and significance of ‘Seoullo 7017′ and provides information on nearby attractions such as Namdaemun Market.
  • ○ Seoullo Shop (Ground level section of the entrance to Toegye-ro, 13.5㎡): The shop sells over 20 kinds of official souvenirs centering on the theme of ‘Seoullo 7017.’
  • ○ 7017 Seoul Bibimbap (Malli-dong Square, 119.8㎡): 10 honorary chefs of Seoul will present new menus centering on the theme of bibimbap in relay.

Credit: VisitKorea, Seoullo 2017, Chosun, Seoul Metropolitan Govt, PRNEWSWIRE

Advertisements

[Contest] Quiz on Korea 2017

17814370_1462287917149817_5109125934764033546_o
Quiz On Korea kembali di Malaysia pada tahun 2017!!

Adakah anda berminat menyertai rancangan TV Korea dan bersaing dengan peserta dari negara lain? Sertai pertandingan awal Quiz on Korea di Malaysia dan rebut peluang untuk menjadi wakil Negara!!!
“2017 Quiz On Korea” menjemput rakyat Malaysia yang berbakat dan mempunyai pemahaman yang mendalam tentang bahasa dan budaya Korea untuk menyertai pertandingan global pada 15 September 2017 di KBS (Korean Broadcasting System), Seoul, Korea.
1. Tarikh akhir permohonan
12 (Jumaat) Mei 2017, Tengah malam.
* Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan
** pemohon di bawah umur perlu memperoleh persetujuan ibu bapa mereka       (kenyataan dengan tandatangan, salinan ID)
Sila lengkapkan borang permohonan dan emelkan salinan borang tersebut kepada (koreanembassypubdip@gmail.com)
* Sila layari laman web rasmi kami di (http://mys.mofa.go.kr/english/as/mys/main/index.jsp) untuk memuat naik borang permohonan!
2. Saringan pertama (Ujian Membaca dan Menulis)
16 (Selasa) Mei 2017, 14:00, Kedutaan Besar Republik Korea di Kuala Lumpur
* Hanya 10-20 peserta terbaik akan dipilih untuk bersaing di peringkat saringan kedua
3. Saringan Kedua (Kuiz Soal Jawab)
10 (Sabtu) Jun 2017, 13:00, Kampus HELP University Subang 2, Selangor
4. 2017 Quiz On Korea (Pertandingan Akhir)
15 (Jumaat) September 2017, Seoul, Korea
* Acara ini akan disiarkan di beberapa Negara termasuk Korea.
Inilah masanya untuk anda menyerlahkan minat anda kepada Korea!
Kami berharap dapat melihat penyertaan daripada peserta Malaysia yang berbakat.

Maskot Rasmi 2018 Olympic PyeongChang

안녕하세요!!!!
Ade lagi kurang setahun je nak Olympic dan Paralympic Winter Games di Pyeongchang, Korea 2018. Jadi, apa kata kite berkenalan dengan maskot rasmi sukan olimpik dan paralimpik ni.

soohorang_and_bandabi

Soohorang 수호랑 – Soohorang adalah seekor harimau putih dan juga maskot rasmi Sukan Olimpik Pyeongchang 2018 dan juga telah lama dikatakan sebagai haiwan penjaga untuk negara Korea. (e’eh,macam Malaysia jugak ada Harimau Malaya hehe)
‘Sooho’, dalam bahasa Koreanya bermaksud perlindungan, ‘Horang’ pula berasal daripada perkataan ‘Horangi’ iaitu harimau.

mascots-in-the-olympics-8-728FUN FACT 
Soohorang bukan harimau pertama yang menjadi maskot Sukan Olimpik di Korea. Hodori (호도리)  juga seekor harimau, maskot rasmi Sukan Olimpik Seoul 1988 dan juga sepupu bau-bau bacang kepada Soohorang. ㅋㅋㅋ

Bandabi 반다비 – Adalah seekor ‘Asian Black Bear’. “Ban-dal-ga-seum-gom” (beruang yang mempunyai separa bulan di dada) melambangkan keberanian dan semangat yang kuat. Ia dipilih sebagai maskot rasmi Sukan Paralimpik Pyeongchang 2018.

27299075584_e7a3b275de_z
Duta Olimpik Pyeongchang 2018, Kim Yuna bersama Soohorang dan Bandabi.

31490708242_a688b65518_z

The Pyeongchang 2018 mascots exhibition at KT Square