[Event] 2017 K-Pop World Festival di Malaysia

Siapa suka KPOP dan nak merasa masuk TV Korea?
Inilah peluang yang datang setahun sekali telah tiba..

17917362_1462286870483255_321935339828692073_o

Kepada semua pencinta K-Pop di Malaysia, K-Pop World Festival kembali di Malaysia tahun 2017!!!
Jika anda dipilih sebagai Juara Malaysia, anda mempunyai peluang besar untuk pergi ke Korea untuk menyertai pertandingan akhir bersama-sama dengan wakil-wakil dari negara-negara lain! Ingat, pertandingan akhir akan disiarkan oleh KBS (Korean Broadcasting System).

Cara penyertaan: Hanya rakam video diri anda menyanyi, menari atau melakukan kedua-duanya untuk sebuah lagu K-Pop dan emelkan kedua-duanya ke (koreanembassypubdip@gmail.com) sebelum 12 Mei 2017.
Video akan menjalani proses saringan, dan hanya atas 12 pasukan akan dipilih untuk bersaing dalam pertandingan awal di Malaysia, yang akan diadakan pada 10 Jun 2017 di HELP University.

Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda terpilih untuk menyertai pertandingan, anda perlu mempersembahkan lagu pilihan anda seperti yang tertera di dalam video rakaman anda.

1. Keperluan anggota kumpulan
* Persembahan Vokal
– anggota penyanyi: tiada had maksimum
– anggota penari latar: maksimum dua (2)

* Persembahan Tarian
– jumlah ahli kumpulan harus sama seperti jumlah ahli kumpulan asal (. Ex Big Bang: 5 Ahli)

2. Tarikh akhir penghantaran video
* 12 Mei 2017, tengah malam

* Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan
** pemohon di bawah umur dikehendaki untuk membuktikan bahawa mereka telah memperoleh persetujuan ibu bapa mereka (kenyataan dengan tandatangan, salinan ID)

* Sila lengkapkan borang permohonan (http://mys.mofa.go.kr/english/as/mys/main/index.jsp) dan emelkan salinan borang tersebut bersama video penyertaan kepada (koreanembassypubdip@gmail.com)

3. Pertandingan awal di Malaysia ( “2017 K-Pop World Festival di Malaysia”)
* 10 Jun 2017, Sabtu, 16: 30 ~ 18: 30, kampus Universiti HELP Subang2 Multi Purpose Hall (yang berkaitan dengan HELP 2 Korea Karnival)
* 2 pemenang akan disaring semula oleh KBS, dan hanya satu pemenang akan dipilih dan dijemput ke Korea untuk menyertai pusingan akhir.

4. 2017 K-Pop World Festival di Changwon, Korea
* 29 September 2017
* Acara ini akan disiarkan di beberapa Negara termasuk Korea
Kami menanti penyertaan video daripada anda!

#KpopWorldFestival #RakanKorea2017 #RakanKoreaMalaysia2017 #KoreanEmbassyInMalaysia #KJInfo #KJEvent #KpopWorldFestivalMalaysia