Stadium di Gangneung sempena 2018 Olympic Pyeongchang

Gangneung adalah sebuah bandar di Gangwon-do, di pantai timur Korea Selatan. Gangneung juga adalah pusat ekonomi rantau Yeongdong di Wilayah Gangwon. Gangneung mempunyai banyak tarikan pelancong, seperti Jeongdongjin, iaitu kawasan yang sangat popular untuk melihat matahari terbit dan Pantai Gyeongpo.
Bandar ini juga tempat asal Liga Kebangsaan kelab bola sepak Gangneung City FC dan pasukan bola sepak K League Gangwon FC.

Bersempena dengan Olympic Pyeongchang 2018 akan datang, pelbagai jenis sukan akan diadakan di stadium di sekitar Gangneung.

1. Gangneung Hockey Centre

gangneung ice hockey centre
Gangneung Hockey Centre (Korea: 강릉 아이스 하키 경기장) adalah stadium tertutup yang kini masih dalam pembinaan di kawasan bandar Gangneung, Korea Selatan. Stadium tersebut akan menjadi salah satu daripada dua tempat
untuk beberapa perlawanan hoki ais pada 2018 Sukan Olimpik Musim Sejuk. Ia digunakan sebagai lokasi utama untuk perlawanan kejohanan lelaki dan pingat. Stadium ini juga akan menjadi tuan rumah pertandingan hoki ais Sukan Paralimpik 2018 Musim Sejuk. Kos pembinaan stadium ini adalah 108 bilion won (kira-kira $90 juta dollar). Pembinaan bermula pada Julai 2014 dan dijangka siap pada November 2016.

2. Gangneung Oval

gangneung oval
The Gangneung Oval (Korea: 강릉 스피드 스케이팅 경기장) adalah ‘speed skating oval’ di Korea Selatan yang akan digunakan untuk pertandingan ‘speed skating’ di 2018 Winter Olympic. Pembinaan oval telah dimulakan pada September 2013. Oval ini mempunyai 400 meter gelanggang landasan berkembar dan berkapasiti sebanyak 8000 tempat duduk. Ia juga mempunyai tiga tingkat atas tanah dan dua tingkat bawah tanah. Pada asalnya oval ini mahu dibina di Gangneung Science Park, tetapi disebabkan terdapat ruang yang terhad kerana bilangan perniagaan tempatan mengambil peluang untuk berpindah, oval dibina di Gangneung Olympic Park, di sekitar kawasan Gangneung Ice Arena dan Gangneung Hockey Centre.

3. Gangneung Ice Arena

gangenung ice arena
Gangneung Ice Arena (강릉 아이스 아레나) adalah stadium ais tertutup yang telah dibina untuk 2018 Winter Olympic yang terletak di persisiran pantai di bandar Gangneung. Ia akan menjadi lokasi untuk dua sukan: ‘figure skating’ dan ‘short track speed skating’ dan berkapasiti sebanyak 12,000 tempat duduk. Gangneung Ice Arena direka untuk menempatkan dua luncur ais (60m x 30m), iaitu untuk pertandingan
dan latihan. Bangunan ini mempunyai empat tingkat atas tanah dan dua tingkat bawah tanah. Ia juga bersifat mesra alam dimana ia mempunyai sistem penyejukan ais dan kemudahan itu akan digunakan untuk tujuan rekreasi selepas sukan. Kos pembinaan untuk Sukan Olimpik adalah 85 juta USD dan telah dirasmikan pada 14 Disember 2016.

4. Gangneung Curling Centre

gangneung curling centre
Gangneung Curling Center (강릉 실내 빙상 경기장) adalah stadium ais tertutup yang digunakan untuk 2013 Special Olympics World Winter Games, dan akan digunakan untuk kedua-dua 2018 Winter Olympic dan 2018 Winter Paralympic games. Ia telah dibuka pada tahun 1998 dan terletak di bandar pantai Gangneung. Stadium ini akan menjadi tempat untuk ‘curling’ dan ‘wheelchair curling’. Berkapasiti tempat duduk sebanyak 3,500 tempat duduk, ia juga adalah satu-satunya tempat Olimpik di Gangneung yang wujud sebelum pemilihan PyeongChang sebagai bandar raya tuan rumah 2018 Winter Games. Sebelum ini ia dikenali sebagai Gangneung Indoor Ice Rink. Ia akan diubahsuai antara Oktober 2015 dan Oktober 2016 sebagai persediaan untuk Sukan Olimpik. Stadium ini menjadi lokasi untuk perlawanan hoki ais pada 1999 Asian Winter Games dan menjadi tuan rumah 2009 World Women’s Curling Championships. Secara tradisinya, lokasi tuan rumah Olimpik akan menjadi tuan rumah World Junior Curling Championships pada tahun sebelumnya.

5. Kwandong Hockey Centre

kwandong hockey centre
Kwandong Hockey Center (가톨릭 관동대 학교 아이스 하키 II 경기장) adalah arena luncur ais yang akan dibina di kawasan Catholic Kwandong University di Gangneung, Gangwon-do. Semasa 2018 Winter Olympic Games, ia akan menjadi salah satu daripada dua tempat untuk perlawanan hoki ais. Berkapasiti sebanyak 6000 tempat duduk, dan mempunyai satu gelanggang ais (60m x 30m), empat tingkat atas tanah dan satu tingkat bawah tanah.

Maskot Rasmi 2018 Olympic PyeongChang

안녕하세요!!!!
Ade lagi kurang setahun je nak Olympic dan Paralympic Winter Games di Pyeongchang, Korea 2018. Jadi, apa kata kite berkenalan dengan maskot rasmi sukan olimpik dan paralimpik ni.

soohorang_and_bandabi

Soohorang 수호랑 – Soohorang adalah seekor harimau putih dan juga maskot rasmi Sukan Olimpik Pyeongchang 2018 dan juga telah lama dikatakan sebagai haiwan penjaga untuk negara Korea. (e’eh,macam Malaysia jugak ada Harimau Malaya hehe)
‘Sooho’, dalam bahasa Koreanya bermaksud perlindungan, ‘Horang’ pula berasal daripada perkataan ‘Horangi’ iaitu harimau.

mascots-in-the-olympics-8-728FUN FACT 
Soohorang bukan harimau pertama yang menjadi maskot Sukan Olimpik di Korea. Hodori (호도리)  juga seekor harimau, maskot rasmi Sukan Olimpik Seoul 1988 dan juga sepupu bau-bau bacang kepada Soohorang. ㅋㅋㅋ

Bandabi 반다비 – Adalah seekor ‘Asian Black Bear’. “Ban-dal-ga-seum-gom” (beruang yang mempunyai separa bulan di dada) melambangkan keberanian dan semangat yang kuat. Ia dipilih sebagai maskot rasmi Sukan Paralimpik Pyeongchang 2018.

27299075584_e7a3b275de_z
Duta Olimpik Pyeongchang 2018, Kim Yuna bersama Soohorang dan Bandabi.

31490708242_a688b65518_z

The Pyeongchang 2018 mascots exhibition at KT Square