Maskot Rasmi 2018 Olympic PyeongChang

안녕하세요!!!!
Ade lagi kurang setahun je nak Olympic dan Paralympic Winter Games di Pyeongchang, Korea 2018. Jadi, apa kata kite berkenalan dengan maskot rasmi sukan olimpik dan paralimpik ni.

soohorang_and_bandabi

Soohorang 수호랑 – Soohorang adalah seekor harimau putih dan juga maskot rasmi Sukan Olimpik Pyeongchang 2018 dan juga telah lama dikatakan sebagai haiwan penjaga untuk negara Korea. (e’eh,macam Malaysia jugak ada Harimau Malaya hehe)
‘Sooho’, dalam bahasa Koreanya bermaksud perlindungan, ‘Horang’ pula berasal daripada perkataan ‘Horangi’ iaitu harimau.

mascots-in-the-olympics-8-728FUN FACT 
Soohorang bukan harimau pertama yang menjadi maskot Sukan Olimpik di Korea. Hodori (호도리)  juga seekor harimau, maskot rasmi Sukan Olimpik Seoul 1988 dan juga sepupu bau-bau bacang kepada Soohorang. ㅋㅋㅋ

Bandabi 반다비 – Adalah seekor ‘Asian Black Bear’. “Ban-dal-ga-seum-gom” (beruang yang mempunyai separa bulan di dada) melambangkan keberanian dan semangat yang kuat. Ia dipilih sebagai maskot rasmi Sukan Paralimpik Pyeongchang 2018.

27299075584_e7a3b275de_z
Duta Olimpik Pyeongchang 2018, Kim Yuna bersama Soohorang dan Bandabi.

31490708242_a688b65518_z

The Pyeongchang 2018 mascots exhibition at KT Square

Leave a comment